AKTIVITI-AKTIVITI BAKAL BELANSUNG DI SABAH TAHUN 2010 (www.sabahtourism.com)

TAMAN LAUT TUNKU ABDUL RAHMAN






Latar Belakang

Taman Laut Tunku Abdul Rahman mengandungi lima buah pulau dan terletak hanya 20 minit dari Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah. Taman laut ini merangkumi kawasan seluas 4,929 hektar dan dua pertiga daripada kawasan ini ialah laut.


Lima buah pulau indah yang terdapat di sini iaitu Manukan, Mamutik, Sulug, Gaya dan Sapi mempunyai pantai yang putih bersih dan perairan dipenuhi pelbagai jenis ikan dan terumbu karang. Namun antara kelima-lima buah pulau, hanya tiga pulau sahaja yang popular sebagai tempat pelancongan, iaitu Manukan, Gaya dan Sapi.

PULAU MANUKAN


Latar Belakang
Pulau Manukan indah dengan air lautnya yang jernih dan batu-batu karang yang cantik.              Manukan yang berbentuk seolah-olah ikan lumba-lumba mencatat kepanjangan kawasan sehingga 1½ kilometer. Pasir pantainya yang memutig menjanjikan keseronokan yang pasti untuk semua pengunjung. Pengunjung boleh memilih tempat penginapan yang diinginkan sama ada chalet jenis 1 atau 2 tingkat.

Bagaimana hendak ke sana
Pemandu pelancong akan menyediakan pengangkutan dari KKIA ke Perlabuhan bot-bot pelancong. Pengunjung boleh menaiki bot daripada jeti Jesselton point untuk ke Pulau Manukan. Perjalanan ke Pulau Manukan mengambil masa selama 20 minit.

Jadual tiket manukan 



Penginapan
Pengunjung yang ingin bermalam di Pulau Manukan boleh menginap di Manukan Island Resort, salah sebuah resort yang terdapat di pulau itu. Resort ini dikendalikan oleh Sutra Sanctuary Lodges.

Jadual harga hotel


Aktiviti
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini, antaranya: 

  • Kayak, 
  • Snorkeling, 
  • Banana boat,
  • Bird watching, 
  • Natural trail dan banyak lagi



PULAU GAYA



Pulau Gaya adalah sebuah pulau yang terbesar antara semua pulau yang terdapat dalam gugusan Taman Tunku Abdul Rahman ini. Air lautnya yang jernih seperti Kristal sedalam 50 kaki adalah paling sesuai bagi aktiviti snorkeling dan menyelam. Pulau Gaya dan Pulau Sapi dihubungkan oleh dataran kecil yang terdiri daripada pasir pantai. 

Bagaimana hendak ke sana
Pengunjung yang ingin ke pulau ini boleh menaiki bot-bot pelancongan yang disediakan agensi. Pemandu pelancong akan memaklumkan waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau itu pada mereka yang hanya ingin menghabiskan masa sehari sahaja di pulau tersebut. Perjalanan daripada jeti bot-bot pelancongan ke Pulau Gaya adalah selama 15-20 minit.

Penginapan
Bagi pengunjung atau pelanong asing yang ingin bermalam di pulau ini, mereka boleh menginap dia Gayana Island Resort yang sangat indah. Terdapat pelbagai jenis chalet yang ditawarkan oleh pihak pusat penginapan contohnya, chalet atas air.


Jadual Hotel Gaya







Aktiviti

  • Kaneo
  • Kayak
  • Snorkeling
  • Selam-scuba
  • Island hopping
  • Memancing
  • Menangkap ketam
  • Jungle trekking













0 Responses