AKTIVITI-AKTIVITI BAKAL BELANSUNG DI SABAH TAHUN 2010 (www.sabahtourism.com)

PULAU MATAKING








Dengan pasir yang memutih, laut yang membiru dan  tempat peranginan kelas teratas, Pulau  Mataking merupakan syurga bagi kedua-duanya sama ada penggemar aktiviti selam ataupun bukan.  Penyelam dapat  menerokai Taman Belut, Taman Batu Karang, Taman Nudibrankia,  Taman Permainan Penyu, Sarang Udang Kara dan Medan Hump Head. Aktiviti bukan penyelam antaranya ialah pengalaman memanjakan diri di Spa Jamu, melukis batik, berkayak, berkanu dan mengesan jejak hutan. Aktiviti yang mesti anda lakukan apabila berada di sini ialah bersiar-siar ke Pulau Mataking Kecil yang hanya mengambil masa 20 minit perjalanan daripada pulau induk. 

Masa yang terbaik untuk berbuat demikian ialah pada waktu pagi iaitu ketika ombak surut. Hal ini mengizinkan anda berjalan di atas hamparan pasir yang membawa anda terus ke pulau yang lebih kecil.  Dengan lautan yang mengelilingi di  sebelah-menyebelah anda, anda seolah-olah berjalan di atas air!

Apabila anda kembali semula ke pulau induk, cubalah mendaki menara pemerhatian yang diperbuat daripada kayu untuk mendapatkan pemandangan Mataking dan persekitarannya  yang cukup  menakjubkan.  Dapatkan imbasan ‘Pejabat Pos Dalam Air’  yang amat popular di Mataking, pejabat pos yang pertama seumpamaya di Malaysia.  Pada bulan Mac 2006, pihak persantaian telah menenggelamkan  Mataking 1 iaitu kapal kargo kayu yang  berukuran 40 kaki untuk menimbulkan kesan batu karang buatan dan pada masa yang sama berfungsi sebagai kotak pos dalam laut yang unik.  Para penyelam memasukkan mel masing-masing di dalam beg vakum yang kalis air dan mengeposnya di dalam air. 

Pemandangan yang indah,  dilengkapi kemudahan dan perkhidmatan terbaik dan ramah sepanjang masa, anda akan mendapati bahawa percutian anda di Mataking terasa cukup singkat.

 
Cara ke Sana

  • Perjalanan melalui Kota Kinabalu ke Tawau; melalui udara- perjalanan selama 45 minit manakala perjalanan melalui darat – perjalanan selama 8 jam
  • Perjalanan dari Tawau ke Semporna menggunakan jalan raya mengambil masa  lebih kurang satu jam. 
  • Pemindahan ke Mataking dari Pekan Semporna menggunakan bot laju mengambil masa kira-kira  45 minit. 

Pakej penginapan di Reef Dive Resort





Kadar per orang (RM):

INFO BILIK
Penyelam (RM)
Bukan penyelam (RM)

deluxe
premier
chalet
deluxe
premier
chalet
3 hari 2 malam
1,260.00
1,380.00
1,540.00
1,540.00
1,660.00
1,825.00
4 hari 3 malam
1,725.00
1,905.00
2,100.00
2,100.00
2,280.00
2,475.00
5 hari 4 malam
1,999.00
2,240.00
2,499.00
2,499.00
2,740.00
2,999.00
Caj bagi setiap 1 malam tambahan
420.00
480.00
560.00
560.00
620.00
699.00



Termasuk:
·         Kemudahan perkongsian berkembar dengan penghawa dingin, hot shower, balkoni persendirian
·         Pakej hidangan penuh, hidangan minum petang (kopi dan teh) secara percuma beserta hidangan ringan
·         Pemindahan kembali ke Tawau Airport-Semporna melalui jalan darat
·         Pemindahan kembali Semporna-Mataking melalui bot
·         Pakej penyelam: 3 trip bot untuk menyelam di Mataking, Pandanan, Bohayan, Kelapuan, Timba-timba dan Pom-pom bersama pemandu selam yang berpengalaman. Rakan selam tidak terhad (tanpa pemandu selam)
·         Tanks, weight, tali pinggang weight adalah disediakan (peralatan terkecuali)




Aktiviti:

  • Lawatan mengelilingi pulau bersama pemandu pelancong dan melihat pemandangan malam dari menara pemantau
  • Melintasi laluan ke Mataking Kecil besama pemandu pelancong
  • Mencari harta karun dan permainan tele-match
  • Pertandingan bowling kelapa
  • Melukis batik
  • Lawatan ke pulau-pulau berhampiran: Pandanan, Bohayan dan Timba-timba
  • Lawatan melihat rumpai laut dan ladang ikan
  • Menerokai selam skuba (program selama 2 jam)
  • Snorkeling
  • Makan tengahari di Mataking Kecil dan South Point
  • Berjoging di sekitar pulau Mataking
  • Urutan tradisional di Spa Jamu
  • Aktiviti berkayak laut
  • Kunjungan memancing ke Bohey Dulang
  • Permainan mahjong
  • Permainan layang-layang
  • Memberi makan ikan
  • Bola sepak pantai dan perlawanan bola tampar
  • Lawatan singkat ke Sipadan atau Mabul

Aktiviti malam:
  • Melihat penyu bertelur, ketam kelapa dan kunang-kunang
  • Berkaraoke (bergantung kepada kebenaran tetamu lain)
  • BerBBQ di sundeck
  • Tarian bamboo
  • Persembahan budaya (aturan utama diperlukan)
  • Persembahan dari gitaris pulau
  • Persembahan muzik secara live
  • Pendakian limbo
  • Silap mata (berdasarkan permintaan)




0 Responses