Pulau Dinawan merupakan pulau persendirian yang terletak di selatan Kota Kinabalu. Selama 25 minit masa yang di ambil oleh bot laju melalui jeti Marina Sutera di mana 6km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan 12km daripada pusat Bandar Kota Kinabalu. Pulau Dinawan menawarkan hutan hujan tropika yang indah yang di kelilingi oleh Laut China Selatan. Airnya yang jernih bak kristal sesuai untuk para pengunjung mengalami pengalaman menerokai ekosistem laut. Para pengunjung juga boleh mengalami pengalaman unik “separuh kapal selam” untuk melihat landskap bawah laut dan menikmati ekologi laut yang mengagumkan.
Aktiviti- Menikmati pemandangan di bawah laman air dengan menaiki “separuh kapal selam”
- Menikmati urutan tradisional di Rafflessia Massage Centre
- Bermain sukan air
- Bermain pool
- Bermain mahjung
- Barbeku buffet
- Bekaraoke pada waktu malam
1. Pakej lawatan harian
2-4 orang RM 199.00
5-9 orang RM 185.00
10 orang dan ke atas RM 165.00
Aktiviti dalam pakej lawatan harian
· Makan tengah hari BBQ di Hornbill Restaurant
· Penghantaran feri pergi balik
· Hi-tea dengan Kopi Tongkat Ali
· Bayaran yuran BBQ dan yuran jeti
· Penggunaan topeng dan alatan menyelam, jaket keselamatan dan kayak
2. Pakej lawatan 2 hari 1 malam
2-4 orang RM 345.00
5-9 orang RM 329.00
10 orang dan ke atas RM 319.00
Aktiviti dalam pakej lawatan 2 hari 1 malam
- Sebuah tempat tinggal untuk bermalam berteraskan pekongsian (Twin sharing)
- Sarapan pagi, makan tengah hari BBQ dan makan malam buffet di Hornbill Restaurant
- Hi-tea dengan kopi Tongkat Ali
- Penghantaran feri pergi balik ke resort
- Bayaran yuran kemasukan, yuran jeti dan yuran BBQ
- Penggunaan topeng dan alatan menyelam, jaket keselamatan dan kayak
3. Kemudahan semasa penginapan
- Terdapat 20 buah chalet – 10 Superior dan 10 Deluxe
- Penyediaan TV satelit
- Penyediaan DVD
- Penyediaan penyaman udara
- Penyediaan alat pemanas air
- Kemudahan bilik air dan mandian air segar
Latar BelakangPulau Layang Layang menjadi destinasi selaman skuba yang terkemuka di Malaysia selain Pulau Sipadan. Pulau karang ini terletak di lautan terbuka Laut China Selatan kira-kira 300 km ke barat-laut Kota Kinabalu iaitu ibu negeri Sabah.
Kawasan kecil ini menampung resort yang mempunyai 90 buah bilik mewah, sebuah pengkalan tentera laut Malaysia dan menjadi tempat koloni burung laut yang berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut musim untuk bersarang. Topografi terumbu karang di sini terbentuk dari batu karang keras yang subur dan ada di antaranya yang terletak di kawasan sangat cetek sehingga terdedah kepada udara sewaktu air surut, tetapi kebanyakannya bermula pada kedalaman kira-kira 5 meter hinggalah di dasar laut.
Antara hidupan laut yang sering kelihatan di 14 tapak selaman skuba di sini termasuk ikan yu sirip hitam, jerung hammerhead, ikan alu-alu, ikan cermin, 'bump-head parrotfish', 'lionfish', belut moray, penyu, 'nudibranch', ikan goby dan 'ghost pipefish'.
Tempat terdekat untuk ke Pulau Layang-Layang ialah dari Kota Kinabalu, Sabah di mana sebuah syarikat penerbangan persendirian boleh menerbangkan penumpang ke Pulau Layang-Layang. Penerbangan ini diaturkan oleh Layang Layang Island Resort. Penerbangan terus ke Kota Kinabalu disediakan dari Tokyo, Taipei, Kaohsiung, Seoul, Hong Kong, Manila, Cebu, Singapore dan Kuala Lumpur.
Pakej
- penginapan 6 hari 5 malam di Lanyang-Layang Island Resort
- 5 hidangan makanan setiap hari
- 3 trip bot menyelam sehari
- Penggunaan tanks, weights and weights belt
Jadual penerbangan (setiap selasa, khamis dan ahad)
- 0630 / 0750 Kota Kinabalu / Layang Layang
- 0800 / 0920 Layang Layang / Kota Kinabalu
Kemudahan Resort
- 86 bilik berpenghawa dingin, lebih saiz katil, shower, TV, peri sejuk, telefon dan balkoni persendirian
- Kolam renang, kayak, luncur angina
- Restoran yang menampung 150 kapasiti menyediakan hidangan kebenuaan dan Asia
- Perkhidmatan bar – cocktails dan soft drinks
- TV, kedai cenderamata dan bilik konferens
Pusat selam PADI
- Pusat selam PADI diketuai oleh pengajar bertauliah bersama sekumpulan 5 orang pakar selam
- Kelajuan bot yang disediakan hanya mengambil masa antara 10 ke 30 minit ke tapak selam
- Kelengkapan yang boleh disewa: BCDs, pengawal atur, sirip, topeng, alat saluran udara, pakaian basah dan alat suluh selam
- Kursus selam PADI dijalankan secara tetap
Latar Belakang
Pulau Mabul merupakan salah sebuah pulau yang terkenal terutamanaya bagi penggemar menyelam scuba. Pulau ini adalah salah satu fotografi-makro yang terhebat di dunia kerana dikelilingi oleh terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter dan mempunyai keindahan di dasar laut. Tiga resort yang terkenal pastinya menanti para pengujung. Keterangan lanjut mengenainya bolehlah didapati dengan melayari sendiri laman web: http://www.dive-the-world.com/diving-sites-malaysia-mabul-island.php
(ii) Borneo Divers Mabul Dive Resort
Harga Pakej Per Orang / Per Malam | Harga dari 1 Jan 2009 – 31 Dis 2010 |
Satu | Dua | Tiga |
Penyelam | RM 1148 | RM 765 | RM 688 |
Bukan Penyelam | RM 918 | RM 615 | RM 550 |
Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) | - | - | RM308 |
(iii) Sipadan Water Village Resort
Kadar Pakej Per Individu: Pasaran Malaysia
Hari/ Malam (Orang) | Penyelam (dua/tiga) | Bukan Penyelam (dua/tiga) | Penyelam (satu) | Bukan Penyelam (satu) |
2 hari 1 malam | RM875.00 | RM 745.00 | RM 985.00 | RM 870.00 |
3 hari 2 malam | RM 1390.00 | RM 1175.00 | RM 1730.00 | RM 1500.00 |
4 hari 3 malam | RM 1920.00 | RM 1600.00 | RM 2475.00 | RM 2130.00 |
5 hari 4 malam | RM 2445.00 | RM 2030.00 | RM 3220.00 | RM |
Tamabahan satu malam | RM 535.00 | RM 440.00 | RM745.00 | RM630.00 |
Kadar Pakej Per Individu: Pasaran Umum
Hari/ Malam (Orang) | Penyelam (dua/tiga) | Bukan Penyelam (dua/tiga) | Penyelam (satu) | Bukan Penyelam (satu) |
2 hari 1 malam | RM 2060.00 | RM 1640.00 | RM 2280.00 | RM 1880.00 |
3 hari 2 malam | RM 2810.00 | RM 2030.00 | RM 3270.00 | RM 2480.00 |
4 hari 3 malam | RM 3560.00 | RM 2420.00 | RM 4260.00 | RM 3080.00 |
5 hari 4 malam | RM 4310.00 | RM 2810.00 | RM 5250.00 | RM 3680.00 |
Tambahan satu malam | RM 750.00 | RM 390.00 | RM 990.00 | RM 600.00 |
Aktiviti:
· Snokerling Sipadan RM 350
· Snokerling Kapalai Island RM 70 per orang
· Sewa peralatan snokerling RM 10
· Menyelam Skuba RM 250
· Trip memancing – Yellow Fin Tuna RM 200 per orang (Minimum 5 orang)