AKTIVITI-AKTIVITI BAKAL BELANSUNG DI SABAH TAHUN 2010 (www.sabahtourism.com)

PULAU LANGKAYAN



Latar Belakang
Pulau Langkayan digelar syurga kecil kerana pasirnya   yang putih, pemandangannya yang indah, dan satu-satunya pulau yang terdapat resort menyelam yang dikenali dengan “Langkayan Island Dive Resort. Antara keistimewaan lautan Pulau Langkayan ini ialah terdapatnya haiwan-haiwan makro bewarna-warni, haiwan-haiwan mengawan pada bulan Mac hingga Mei, dan dapat melihat jerung-jerung besar yang tidak berbahaya di dasar lautan pulau ini. Malah bagi peminat hidupan yang bersaiz kecil, di pulau ini turut terdapat terumbu karang, ikan-ikan juvenil, anemon yang menjadi raja lawak buat pemancing, labah-labah ketam, udang-udang karang, udang gobies, dan perkara-perkara luar biasa seperti jawfish, hantu berkerawang dan mentimun.



Kemudahan-kemudahan Peranginan
Ia menyediakan resort untuk menyelam iaitu “Langkayan Island Dive Resort” dan satu-satunya yang wujud di borneo. Ia turut menyediakan penginapan seperti chalet-chalet yang indah, bilik-bilik dan makanan yang hebat, dan kawasan menyelam lebih ke tiga puluh buah di dasar lautan termasuk ke dua buah bangkai kapal di dasar lautan. Seterusnya, Pulau Langkayan turut menyediakan kawasan istirehat berukir kayu kepada pengunjungnya. Di sini pengunjung boleh menikmati keindahan dan matahari muncul dan tenggelam di sebelah pagi mahupun senja. Bilik menonton seperti bilik TV dan bilik menonton Video turut disediakan kapada pelancong-pelancong yang hadir. Seterusnya, kedai-kedai dandanan diri, kedai cenderamata lautan Pulau Langkayan turut disediakan kepada para pelancong.




Cara ke sana
Menggunakan bot laju yang bertolak dari Kelab Perahu Layar Sandakan dan mengambil masa kira-kira satu setengah jam.  Pakej pelancongan dan pakej penyelaman ada disediakan oleh Pulau Sipadan Resort & Tours Sdn. Bhd., syarikat yang mengendalikan tempat peranginan ini.






Aktiviti
Selain daripada diving ke dasar lautan, Pulau Langkayan juga turut menyediakan aktiviti lain seperti berenang, snorkelling, kayak, BBQ aktiviti, jalan malam sekitar pulau, dan untuk pakej tambahan pulau turut menyediakan perjalanan untuk ke Sepilok Sandakan dengan tambahan perbelanjaan RM30.00 sahaja seorang.





Harga Untuk Penginapan di Pulau Langkayan


LANGKAYAN ISLAND DIVE RESORT
Hari
Malam
Harga/orang
RM
Beachfront Chalet
RM
4
3
694
347
5
4
902
451
6
5
1,110
555
7
6
1,317
659
8
7
1,525
763
Additional night
Per night
600
300
Harga ini boleh berubah mengikut keadaan semasa
  

0 Responses