AKTIVITI-AKTIVITI BAKAL BELANSUNG DI SABAH TAHUN 2010 (www.sabahtourism.com)

TERMA DAN SYARAT

1) SYARAT BELIAN
Makluman bahawa segala penempahan dan pembelian pakej-pakej yang ditawarkan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta terma lain yang dikenakan oleh pihak ketiga iaitu penyedia, keperluan penyedia, syarikat penerbangan, produk lawatan yang lain dan pembekal-pembekal bebas, dari semasa ke semasa.
Dengan membuat tempahan pakej lawatan dan servis melalui blog Borneo Tourism Agency, secara automatik anda adalah bersetuju serta tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada.

·         PERUBAHAN TERHADAP KADAR
Semua kadar yang telah dinyatakan di dalam pakej lawatan dan servis adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

·         PENYINGKIRAN SERVIS
Borneo Tourism Agency mempunyai hak pada bila-bila masa, atau dari semasa ke semasa untuk mengeluarkan, mengubah atau memberhentikan sama ada sementara atau secara tetap pakej lawatan dan servis dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Borneo Tourism Agency tidak bertanggungjawab terhadap anda atau pihak ketiga dalam pengubahsuaian atau penggantungan pakej-pakej dan servis.

·         TEMPAHAN
Borneo Tourism Agency dan para penyedia atau pembekal perkhidmatan lain adalah mempunyai hak terhadap budi bicara mereka untuk enggan atau menggugurkan atau menolak untuk menerima sebarang tempahan yang dilakukan melalui blog ini. Anda adalah bertanggungjawab terhadap perancangan perjalanan dan sebarang tempahan yang dibuat berdasarkan perancangan tersebut. Borneo Tourism Agency tidak akan bertanggungjawab atau membayar ganti rugi terhadap tempahan pakej lawatan dan servis yang tidak bersesuaian.
Sekiranya anda mempunyai sebarang permintaan khas, ia akan diserahkan atau di maklumkan kepada penyedia tetapi tidak dijamin atau dijanjikan oleh Borneo Tourism Agency. Selain dari apa yang telah dinyatakan, semua tempahan adalah tidak boleh ditukar dan dipindahkan.

·         PAKEJ PELANCONGAN
Sesetengah pakej lawatan dan servis yang diletakkan di dalam laman blog ini adalah ditawarkan oleh penyedia bebas dan tertakluk kepada terma dan syarat mereka dan ketersediaan pakej lawatan dan servis.
Bagi sesetengah produk atau servis, Borneo Tourism Agency hanya bertindak sebagai platfom tempahan secara online bagi pakej lawatan dan servis dan tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:
·         pengambilan tempahan yang terlalu banyak, mana-mana maklumat tempahan yang salah atau tempahan penyedia; atau
·         Sebarang ketidak puashatian atau aduan berkenaan kualiti pakej lawatan dan servis yang disediakan oleh penyedia,
·         Sebarang kerosakan atau kerugian terhadap alatan persendirian atau kecederaan yang disebabkan dengan apa cara sekalipun.
Borneo Tourism Agency adalah tidak bertindak sebagai parti bagi sebarang transaksi di antara anda dan mana-mana penyedia. Borneo Tourism Agency mungkin menerima sejumlah hasil atau upah berhubung dengan  transaksi tersebut atau bertanggungjawab terhadap sebarang kos atau kerosakan berikutan transaksi itu, sama ada secara langsung atau tidak langsung dari anda atau pihak lain yang terlibat di dalam transaksi tersebut.

2) KESEDIAAN
Kesemua pakej lawatan yang ditawarkan di dalam blog ini adalah terakluk kepada ketersediaan dan penerimaan, mengikut budi bicara penyedia produk atau servis.
Sekiranya pakej lawatan dan servis yang ditempah tidak tersedia, Borneo Tourism Agency boleh menggunakan ikhtiar atau usaha untuk mencadangkan alternatif bagi pakej lain yang berpatutan dan berkualiti.
Jika pakej sama ada, atau tidak ada atau alternatif yang dicadangkan adalah tidak bersesuaian bagi anda tetapi ianya telah dibayar sepenuhnya oleh anda, maka pihak kami akan membuat pembayaran balik berpandukan polisi pembayaran balik.
Sekiranya anda gagal untuk menerima mana-mana pakej alternatif yang kami telah cadangkan mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan, maka dengan ini pihak kami adalah berhak untuk membatalkan tentatif tempahan yang sama.

3) PERUBAHAN DI DALAM JADUAL PERJALANAN
Untuk mengubah jadual perjalanan, anda perlu membatalkan tempahan lama terlebih dahulu dan membuat tempahan baru. Anda bersetuju bahawa Bornoe Tourism Agency tidak bertanggungjawab sekiranya anda gagal untuk menyimpan dengan baik tempahan pakej sebelum ini sama ada pada tempoh ketika tempahan baru berkuatkuasa.
Semua pembatalan tempahan adalah tertakluk kepada polisi pembatalan semasa yang telah ditetapkan oleh pihak penyedia dan Borneo Tourism Agency. Anda adalah bertanggungjawab terhadap sebarang caj tambahan atau perbelanjaan yang dikenakan oleh penyedia dan Borneo Tourism Agency di dalam sebarang kemungkinan perubahan atau pembatalan.

 3) POLISI PEMBAYARAN BALIK WANG
Sekiranya anda membuat keputusan untuk membatalkan tempahan, anda berhak untuk mendapatkan kembali wang anda tetapi ia bergantung kepada polisi semasa Borneo Tourism Agency dan penyedia yang menyediakan pakej kepada anda. Sepertimana polisi pemulangan wang oleh penyedia yang berlainan mungkin adalah berbeza, polisi pemulangan wang bagi pakej yang lain mungkin berbeza dari satu produk ke produk yang lain.

4) KEPERLUAN PERJALANAN
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mendapatkan visa (jika diperlukan) dan dokumen perjalanan lain yang diperlukan.
Anda dikehendaki supaya mempunyai pasport yang sah sepanjang trip perjalanan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut,berkenaan pasport atau kepreluan visa, anda boleh menghubungi pihak kedutaan negara destinasi yang ingin anda lawati.

0 Responses