AKTIVITI-AKTIVITI BAKAL BELANSUNG DI SABAH TAHUN 2010 (www.sabahtourism.com)

PULAU LAYANG_LAYANG


Latar Belakang
Pulau Layang Layang menjadi destinasi selaman skuba yang terkemuka di Malaysia selain Pulau Sipadan. Pulau karang ini terletak di lautan terbuka Laut China Selatan kira-kira 300 km ke barat-laut Kota Kinabalu iaitu ibu negeri Sabah.


Kawasan kecil ini menampung resort yang mempunyai 90 buah bilik mewah, sebuah pengkalan tentera laut Malaysia dan menjadi tempat koloni burung laut yang berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut musim untuk bersarang. Topografi terumbu karang di sini terbentuk dari batu karang keras yang subur dan ada di antaranya yang terletak di kawasan sangat cetek sehingga terdedah kepada udara sewaktu air surut, tetapi kebanyakannya bermula pada kedalaman kira-kira 5 meter hinggalah di dasar laut.


Antara hidupan laut yang sering kelihatan di 14 tapak selaman skuba di sini termasuk ikan yu sirip hitam, jerung hammerhead, ikan alu-alu, ikan cermin, 'bump-head parrotfish', 'lionfish', belut moray, penyu, 'nudibranch', ikan goby dan 'ghost pipefish'.
Tempat terdekat untuk ke Pulau Layang-Layang ialah dari Kota Kinabalu, Sabah di mana sebuah syarikat penerbangan persendirian boleh menerbangkan penumpang ke Pulau Layang-Layang. Penerbangan ini diaturkan oleh Layang Layang Island Resort. Penerbangan terus ke Kota Kinabalu disediakan dari Tokyo, Taipei, Kaohsiung, Seoul, Hong Kong, Manila, Cebu, Singapore dan Kuala Lumpur.

Pakej

Untuk 6 hari 5 malam:




Penyelam
Bukan penyelam
Jenis bilik
RM 2,860
RM 3,580
RM 2,530
RM 3,250
Malam tambahan
RM 540
RM 680
RM 390
RM 530

Pakej termasuk:
  • penginapan 6 hari 5 malam di Lanyang-Layang Island Resort
  • 5 hidangan makanan setiap hari
  • 3 trip bot menyelam sehari
  • Penggunaan tanks, weights and weights belt
Jadual penerbangan (setiap selasa, khamis dan ahad)
  • 0630 / 0750 Kota Kinabalu / Layang Layang
  • 0800 / 0920 Layang Layang / Kota Kinabalu
Kemudahan Resort
  • 86 bilik berpenghawa dingin, lebih saiz katil, shower, TV, peri sejuk, telefon dan balkoni persendirian
  • Kolam renang, kayak, luncur angina
  • Restoran yang menampung 150 kapasiti menyediakan hidangan kebenuaan dan Asia
  • Perkhidmatan bar – cocktails dan soft drinks
  • TV, kedai cenderamata dan bilik konferens

Pusat selam PADI
  • Pusat selam PADI diketuai oleh pengajar bertauliah bersama sekumpulan 5 orang pakar selam
  • Kelajuan bot yang disediakan hanya mengambil masa antara 10 ke 30 minit ke tapak selam
  • Kelengkapan yang boleh disewa: BCDs, pengawal atur, sirip, topeng, alat saluran udara, pakaian basah dan alat suluh selam
  • Kursus selam PADI dijalankan secara tetap
0 Responses