AKTIVITI-AKTIVITI BAKAL BELANSUNG DI SABAH TAHUN 2010 (www.sabahtourism.com)

PULAU SELINGAN



Latar Belakang 
Pulau Selingan berada 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan sempadan Malaysia Filipina. Tergolong dalan gugusan pulau penyu bersama 2 pulau lain iaitu Pulau Gulisan dan Pulau Bakungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau terutama di timur-selatan Asia yang menjadi tumpuan penyu-penyu untuk mendarat serta bertelur. 

Pulau selingan menjadi tumpuan kepada penyu-penyu daripada spesies “Green Turtle” yang mendarat serta bertelur sepanjang tahun di pesisiran pantai pulau Selingan. Namun, kemuncak ia bertelur adalah pada bulan Julai hingga bulan oktober yang mampu bertelur lebih kurang 110 biji dalam satu lubang. Kemudian telur-telur ini akan diperam selama 50-6- hari sebelum ia menetas menjadi anak penyu dan kemudian dilepaskan balik ke laut. 
Pengangkutan 
Perjalanan ke pulau selingan adalah dengan menaiki bot dari jeti Taman-taman Sabah di Jalan Buli Sim bertolak pada pukul 9.30 pagi dan perjalanan mengambil masa selama sejam. 

Penginapan
Pulau Selingan terdapat sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan. Ia mempunyai 15 buah bilik yang mempunyai bilik mandi. Chalet ini juga mempunyai restoran yang menyediakan menu makanan ala tradisional tempatan serta makanan “Western Food” 
Selain dari pada itu, terdapat juga pakej istimewa daripada pusat penetasan telur penyu yang menawarkan pakej bermalam dipulau tersebut bagi menyaksikan penyu bertelur secara langsung. Ia menyediakan tempat tinggal maksimum kepada 60 orang bagi semalam. Ia bagi memastikan pergerakan penyu bertelur tidak terganggu dengan kehadiran orang yg begitu ramai. 

Aktiviti 
Pelancong boleh melawat ke pusat penetasan penyu bagi menyaksikan proses pengeraman penyu berjalan. Setiap pelawat yang hadir dikenakan bayaran seperti berikut: 

Dewasa : RM10 

Kanak-kanak: RM6 



Di antara pulau-pulau penyu ini, Pulau Selingan juga merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik. Dengan menggunakan bot laju anda boleh menyaksikan keindahan pulau ini dan kejernihan lautnya yang cantik dengan beraneka jenis ikan. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti beriadah dengan bersukan serta berjalan dipesisir pantai dan melakukan aktiviti BBQ di malam hari. 



1 Response
  1. Unknown Says:

    Berapa tambang bot nak masuk ke pulau ini... Pergi balik