AKTIVITI-AKTIVITI BAKAL BELANSUNG DI SABAH TAHUN 2010 (www.sabahtourism.com)

PULAU SIPADAN

Latar Belakang
Merupakan sebuah yang di gambarkan sebagai 'hasil seni agung yang tidak diusik manusia' oleh mendiang Jacques Cousteau seorang penyelidik laut yang terkenal di dunia, sementara para penyelam skuba di merata dunia memilih pulau ini sebagai salah satu dari lima destinasi menyelam yang terunggul di dunia. Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini. 


Antara tarikan yang ada di Pulau Sipadan adalah, keindahan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barakuda, penyu, ikan, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' , ikan alu-alu dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia. Ianya mampu menarik minat seseorang yang gemar untuk melakukan aktiviti menyelam dah sebagainya. 


Aktiviti yang menarik boleh dilakukan di pulau tersebut antaranya adalah seperti berikut: 

a) Menyelam 
b) Snorkeling. 
c) Skuba. 

Cara ke sana 
Para pengunjung boleh pergi ke pulau sipadan dengan melaui Kota kinabalu atau tawau. Dimana para pengunjung yang tiba di Kota kinabalu hendaklah menuju ke tawau yang mengambil masa 8 jam jika menaiki bus manakala 45 minit untuk yang mengunakan kapal terbang. Apabila tiba di tawau,pengunjung perlu menuju ke pekan semporna iaitu kira-kira 1 jam perjalanan menaiki pancuan empat roda untuk menaiki bot ke pulau sipadan yang hanya mengambil masa kira-kira 45 minit bergantung kepada kelajuan bot yang dinaiki pengunjung. 



Penginapan
Bagi kemudahan penginapan pula, memandangkan Pulau Sipadan telah diisytiharkan sebagai kawasan lindungan maka tempat penginapan yang terdekat hanya terletak di pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Mabul dan Pulau Kapalai yang mengambil masa kira-kira 25 min perjalanan bot dari pulau sipadan. 















0 Responses